10 Kucing Unik Mirip Selebriti Yg Bermisai..Paling Tak Tahan Version Wak Doyok

 

 

Kucing yang yang mempunyai corak seperti misai di mulutnya adalah sangat unik dan comel. Walaupun ianya jarang dilihat namun adakalanya dapat dilihat kucing unik tersebut mempunyai rupa yang unik dan beberapa seleberiti tempatan dan luar negara apabila kita lihat dengan teliti . Berikut adalah antara kucing yang amat mirip dengan selebriti tersebut:

 

1 ROBERT DOWNEY JUNIOR
Pelakon yang terkenal dengan filem Iron Man, Sherlock Holmes ini terkenal dengan sifat egonya yang tinggi sebagai Tony Stark. Begitu juga kembar kucingnya nampak mempunyai personaliti yang sangat yakin,

 

 

2 HULK HOGAN
Siapa peminat gusti akan tentu ingat dan meminati jaguh gusti 80an ini yang juga pernah membintangi beberapa filem. Nama sebenar beliau adalah Terry Gene Boella dan terkenal dengan fenomena Hulkmania pernah memenangi WWF Heavyweight Champion dan bertahan selama 4 tahun. Kembar kucingnya mempunyai struktur misai hingga ke dagu.

 

 

3 A GALAK
Biasa memegang watak polis dalam siri Gerak Khas, dalam filem yang terkini, Abang Long Fadil 2, beliau telah muncul sebagai ketua geng Mafia, Taji Samprit. Beliau dan kembar kucingnya mempunyai bentuk misai yang unik dan simetri.

 

 

4 FATTAH AMIN
Fattah Amin mula meletup selepas berganding dengan Neelofa dalam siri drama Surihati Mr Pilot dan selepas itu kariernya melonjak naik. Gambar kembar kucingnya juga berbulu putih seperti seragam juruterbangnya.

 

 

5 WAK DOYOK
Ikon fesyen terkenal ini juga turut membintangi filem Abang Long Fadil 2 sebagai anak kepada Taji samprit. Beliau adalah pencetus stail “facial hair” dan pakaian kemas yang menjadi ikutan para pria di Malaysia. Kembar kucingnya… hmmm… sebijik dengan lentok – lentoknya sekali.

 

 

6 JOHAN
Pelawak terkenal yang juga pengacara radio terkenal. Siapa yang tidak tercuit hati dengan lawak selamba dan bersahaja beliau. Kembar kucingnya mempunyai misai yang mirip dengan bentuk senyuman.

 

 

7 MUSTAPHA KAMAL
Sering memegang watak orang – orang besar di drama – drama TV. Kembar kucingnya mempunyai bentuk muka bengis yang hampir sama.

 

 

8 REMY ISHAK
Antara pelakon lelaki yang terhangat di pasaran.  Siapa sangka kembar kucingnya juga mempunyai rupa kacak yang sama dan berpakaian putih.

 

 

9 ARJA LEE
Beliau mula dikenali apabila muncul memegang watak jahat dalam siri Ariana Rose. Dengan misai nipis, sama saja dengan kembar kucingnya yang juga nampak smart dalam tuxedo!

 

 

10 KHAIRY JAMALUDDIN
Satu – satunya ahli politik yang mencapai status selebriti. Beliau pernah berlakon dalam beberapa filem pendek. Merupakan antara penteri penuh dalam kabinet yang sangat aktif dalam sosial media. Kembar kucingnya, heh… rupa macam bos juga!

 

 

Kupasan berita haiwan kesayangan…

 

sumber:cutekiuts

FB Comments

Fb Comments