Dia Punya Servis Tip Top” – Suami Dedah Perangai Buruk Terlanjur Dengan Isteri Orang Dekat Ofis

Kisah rumah tangga sering kali menjadi bahan sama ada dibuat filem, drama ataupun novel. Sering kali pelbagai masalah terutama dari suami yang curang walaupun sudah mempunyai anak dan isteri.

Luahan seorang suami yang sering tewas dengan godaan syaitan sehingga terlanjur bersama isteri orang mencetuskan kemarahan netizen. Ikuti kisah lelaki ini dibawah.

Saya pakai akaun fb sementara ja ni semata2 nak tanya pendapat, nak bagi pengajaran & nak luahkan perasaan. Tolong postkan ya..

Saya taktau kenapa saya sering diduga dengan seorg perempuan & selalunya perempuan tu isteri orang…apa la nasib..gile beb

Ceritanya bermula ketika bila saya yang masih bujang ni bekerja di sebuah syarikat di KL ni…saya mula kenal dengan seorg officemate, mula saya panggil dia akak sebab dia tua skit je dari saya lama kelamaan bila dah rapat hilang dah title akak tu, bila dah 1 office ni faham2 jela kan, keluar lunch sesame, gurau tu takde limit…

“Media Sosial Pencetus Segalanya”

dari situ kami mula private mesej sampai tengah malam, dia pandai cover dari suami dia sampai la 1 tahap kami sanggup berjumpa ditangga office untuk melepaskan ‘kerinduan’…

maaf tak main pun..ringan2 je..lama juga hubungan kami becinta dan akhirnya terputus hubungan disebabkan saya dinaikkn pangkat ke cawangan lain. Terlalu jauh untuk berjumpa. Alhamdulillah. Saya pun dah lupakan dia…

Jadi setelah bertahun berlalu kini saya sudah menjadi seorang suami dan mempunyai 2 anak. Isteri saya baik, tak pernah buat hal, dia sayang saya seadanya..ya saya pun sayangkan dia dan anak2…

kami bahagia dengan cara kami walaupun tk sekaya uols…tapi..dugaan demi dugaan datang…Media Sosial pencetus segalanya..ya bermula dengan FB wechat whatsapps..group itu group ini, group sekolah la..

kawan2 lama yang dah tak jumpa boleh jumpa balik…semuanya punca BALA….ya betol dari group sekolah lama whatsapps tu saya kini merindui dia…

dia yang saya maksudkan adalah A, A ni isteri orang. Anak 2 bekerja penjawat awam. Dulu masa sekolah kami hanya berkawan je bukan awek lama pun tapi tah macam mana bila berwassap ni boleh jatuh hati pulak.

 

Ceritanya bila si A ni ada kursus di luar kawasan..kami mula wassap sampai lewat malam konon nak teman dia lah sebab dia sensorang kat sana, kesian.

“Terlanjur Dengan Isteri Orang”

Aku pulak masa tu anak bini balik kampung ada hal so memang boring la kan. Apa lagi ‘linecelar’ la dan dari situ kami mula bersembang itu ini cerita masalah dia dengan suami.

Maklum la lama tak jumpa sehinggakan masuk bab romantik dan akhirnya bab atas katil. Mulanya takut juga nak open dia kan isteri orang kang tak pasal2 viral pulak tapi lama kelamaan kami jadi rindu.

Hilang prasaan takut tu & kebetulan pulak the next month dia kena kursus kat tempat aku. Kami mula pasang plan nak jumpa then sampai hari yang dinantikan kami berjumpa dihotel tempat dia menginap.

Apa lagi 2 hari tido hotel dengan dia korang faham2 la ye. Maaf cakap layanan dia serius tiptop tak macam isteri saya (mungkin sebab haram kot).

ye memang masa kat hotel ada fikir anak bini. Takut juga nak buat tapi apakan daya nafsu syaitan lahanat ni lagi kuat. Aku kalah (isteriku sayang..maafkan abg ye)

Kini dah 2 bulan berlalu, saya dan A tak berhubung sebab bergaduh biasa la sedangkan lidah lagi tergigit kan inikan pula couple haram. Saya jalankan kehidupan biasa sebagai suami & bapa.

“Ingin Buang Tabiat Buruk”

Pagi pegi keje petang balik main dengan anak2 tapi kadang2 sampai 1 masa tu saya terasa rindu sangat si A ni. Ya rindu awak nape la jadi macam ni ye..aduhhh

Kalau nak diikutkan cerita banyak lagi cerita becinta dengan isteri orang ni serius tak tipu korang. Bukan nak cakap saya hebat tapi perempuan ni lemah.

So saya ambik yang ‘xtreme’ jela sebagai panduan nak cite kat korang. Betul saya cakap zaman sekarang sangat mudah nak dapatkan isteri orang. Baik di media sosial lagi2 kalau 1 office senang.

Mohon hakak2 adik2 macik2 bawang jangan komen pedas sangat, tak kena kat batang idung korang lagi…kita tak minta semua ni..

Ye sekarang saya sedang cuba untuk buang tabiat buruk ni tapi bila buka je fb ramai awek2 isteri orang ni cantik2…selfie itu ini…adoi la..saya ni dah la lemah…punca semua tu..macam mana nak buat ye?? Tolong…. Saya tak sanggup lagi….

#mohonkeinsafan

FB Comments

Fb Comments