Netizen Suruh Aliff Syukri Sedia Van Jenazah, Ini Respon Pada Netizen Sehingga Semua Terdiam!

 

Jutawan produk kecantikan itu baru-baru ini memuat naik sebuah gambar berserta kapsyen menyatakan dia memerlukan kereta lebih besar.

Alah, macam tak biasa pula dengan perangai Datuk yang gemar berkongsi luahan hati dan kegembiraannya di laman sosial.

Pun begitu, berbondong-bondong jugalah netizen melemparkan komen dan kritikan negatif di ruangan komennya.

“Van jenazah luas dato. Bolehlah buat persediaan untuk dato sekali,” komen netizen.

Aliff bagaimanapun tak mudah melatah dan enggan melayan kerenah haters yang gemar ‘menyakatnya’ dengan gurauan kasar.

“Moga dipermudahkan sakaratulmaut”. Amboi, komen kasar nampak? Berpada-padalah nak memberi komen. Jangan terlalu mengikut perasaan, okey?

Namun, tak semua komen diabaikan Aliff. Ada juga komen yang dibalas selagi ianya boleh diterima.

Aliff pun manusia biasa macam kita juga, mempunyai hati dan perasaan. Walaupun dia kata tak kisah, terguris juga hatinya itu. Tengoklah sendiri apa respon dia di Instagram (IG) miliknya.

Apa pula reaksi pembaca?

FB Comments

Fb Comments